Monday 15 April 2013

TERKINI!!!UMNO -BN TADBIR ALA KOMUNIS


Bicara Cinta Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengamalkan pemerintahan ala komunis apabila kerajaan negeri pimpinannya iaitu Kelantan dinafikan hak daripada sebarang publisiti media kerajaan.

"Kami kerajaan di Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis," katanya pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi terbitan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.Dalam ucapannya, Nik Aziz mengingatkan kepada rakyat Kelantan supaya pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Tegasnya, mengundi adalah salah satu daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.
Hidup ini katanya, memerlukan kaedah dan antara kaedah ciptaan manusia adalah pilihan raya yang diadakan bagi menentukan barisan kepimpinan di negara ini. Namun katanya, dalam pilihan raya, tidak seharusnya ada paksaan.
Rakyat, kata beliau, harus diberikan ruang selebar-lebarnya untuk memilih barisan kepimpinan yang mereka yakini.
"Saya minta kepada rakyat Kelantan, kita negara demokrasi mesti keluar mengundi. Kerajaan ini dibuat oleh manusia. Semua manusia diminta mengundi. Jangan ada paksaan. Jangan ada paksaan raya," katanya.
Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menekankan sebagai umat Islam, manusia perlu patuh kepada pencipta-Nya.
"Kita kena sedar, kita menumpang," kata Nik Aziz.
Pemimpin yang dilahirkan pada tahun 1931 ini kemudiannya membicarakan definisi cinta dalam konteks kehidupannya. Nik Aziz merupakan menteri besar Kelantan sejak tahun 1990.
Kelantan merupakan negeri yang menjadi lambang kekuatan Pas.
Pada PRU13, Kelantan adalah negeri yang menjadi sasaran utama Umno-Barisan Nasional untuk menawan kembali negeri kubu kuat Pas itu. Menggunakan slogan "Bo La Wei" dan "Tukar", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri itu dapat dikembalikan kepada Umno-BN.

CAI-CAI UMNO, APA MACAM ???TOLONG JAWAB BALIK... KOMINIS ATAU KAPITALIS LEBIH KURANG JERR....

Sunday 14 April 2013

TERKINI!!BAKAL KUASAI 146 KERUSI PARLIMEN..


Stastistik Terkini..PR Bakal Kuasai 146 Kerusi Parlimen..Telok Sareh Panas Dengan Alunan Suara Iwan..

Barisan Penceramah Yang Berkaliber
Pada 13 April lalu telah berlangsung Malam Santai Seni Untuk Perubahan di Telok Sareh,Kg Gajah.Antara penceramah yang hadir ialah Dato Termizi Mohd Jam (Editor Harakah),Drs Ishak Shaari,Muhaimin Sulam dan Calon Parlimen Pasir Salak iaitu Saudara Mustapa Kamil Ayub.
Suara Merdu Iwan Mengubat Rindu Peminat..Beliau Menyanyikan Beberapa Lagu Nasyid Yang Sungguh Menginsafkan
 Dalam ucapannya Dato Termizi telah membongkar sumber risikan terkini dari pihak Tentera.Enam bulan yang lalu Rafizi Ramli mendedahkan PR telah diramalkan mendahului BN sebanyak 120 kerusi Parlimen,tetapi menurut kajian terkini,Dato Termizi mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi sekurang kurangnya 146 kerusi Parlimen diseluruh negara.Berdasarkan statistik itu beliau menyeru agar rakyat Kg Gajah bangkit membuat perubahan agar selari dengan arus politik negara.

Pertambahan kerusi dari 120 kepada 146 adalah disebabkan pertambahan kerusi Parlimen di Johor.Kekerapan Dato Seri Anwar Ibrahim berkempen di Johor telah membawa perubahan yang drastik terhadap sokongan rakyat.Keputusan Lim Kit Siang di Gelang patah memberikan semangat dikalangan pengundi Cina untuk buat perubahan.Peristiwa Lahad Datu juga memberi tambahan kepada kerusi Parlimen di Sabah.Urutan kejadian di sana telah menambah sokongan kepada PR,setelah hubungan penganas dengan UMNO didedahkan.

Telah berlaku perpecahan didalam Barisan Nasional itu sendiri.Umno telah bersikap tamak dan sombong dengan mengambil beberapa kerusi Parlimen yang diperuntukan untuk MCA menyebabkan Presiden MCA,Chua Soi Lek bertindak memboikot dengan keenggan nya untuk bertanding.Ini adalah merupakan sejarah 56 tahun BN memerintah,Presiden parti kedua terbesar BN tidak bertanding.

''MCA dikatakan akan menarik diri dari bertanding dalam PRU13 kali ini angkara beberapa pemimpin utama MCA dikatakan terlalu kecewa dengan tindakan Umno yang merampas kerusi yang sepatutnya ditandingi MCA dengan sewenang-wenangnya.

Mereka akan mengambil langkah yang sama yang dilakukan Presiden parti mereka, Chua Soi Lek, iaitu menarik diri dari bertanding dalam PRU13. Mengikut maklumat itu lagi, kebanyakan calon MCA di Johor akan berbuat demikian angkara kecewa akibat beberapa kerusi milik MCA di Johor terpaksa diserahkan kepada Umno.''(Ajijoi)
Calun DUN Kg Gajah Drs Ishak Shaari
Manakala Drs Ishak Shaari yang bakal menjadi calun untuk DUN Kg Gajah mengesa rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri.Didalam 11 bulan memerintah Kerajaan Pakatan Rakyat telah banyak menyelesaikan masalah rakyat terutamanya hal ehwal tanah.Beliau menambah lagi,sebagai seorang Islam adalah wajib menyokong dan menegakkan pemerintahan Islam.Dalam hal ini rakyat boleh memilih jamaah yang didapati bersungguh sungguh menegakkan dan memperjuangkan  pemerintahan Islam di negara ini.
Mustapa Kamil Ayub Calun Parlimen Pasir Salak,Muhaimin Sulam YDP PAS
'Tua atau muda sama sama perlu berjuang mengikut cara yang termampu',kata Muhaimin Sulam." Selain dari menjadi penyokong,kita mustilah menjadi agen untuk menyedarkan rakyat..mari lah kita bersama berjuang untuk kebenaran dan keadilan".Beliau berharap akar umbi dapat menyebar maklumat maklumat terkini kepada rakyat.Sebaran ini hendaklah dibuat tidak mengira samada kepada ahli ahli Umno atau mereka mereka yang tidak berparti dan berkecuali.Sebaran maklumat diperingkat akar umbi penyokong PR ini begitu berkesan sekali.ini memandangkan semua media utama dikuasai oleh Umno.


HARU !! PEMIMPIN YANG TIDAK TERSENARAI UGUT AKAN BOIKOT !! UMNO terbelah dua !!



Khabarnya,Umno Bahagian Parit bergolak lagi.Ini adalah ekoran ada pemimpin yang tidak tercalon untuk PRU 13.Khabar khabarnya pemimpin tersebut telah melenting didalam satu mesyuarat yang telah diadakan kelmarin.Pemimpin yang tidak puas hati tersebut telah memberikan amaran yang jelas kepada semua AJK Umno Bahagian.Beliau menyatakan bahawa UMNO/BN akan kehilangan sekurang kurangnya 8 undi pada PRU 13 sekira beliau tidak dicalonkan(merujuk kepada diri dan keluarganya).Umno/BN juga akan kehilangan lebih banyak undi apabila beliau akan berkempen kepada para pengikutnya supaya melakukan boikot keatas calun BN.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh ahli UMNO yang turut serta dalam mesyuarat semalam.Semalam juga suatu risalah telah diedarkan di dalam Parlimen Parit yang memburuk burukan pemimpin yang tercalon.Ini perbuatan siapa.Tentunya bukan dari Kem Pakatan Rakyat.Politik edar risalah burukan pemimpin lawan bukanlah etika kerja kempen Pakatan Rakyat. 

Diberitakan,beberapa cawangan UMNO telah mula menurunkan bendera kempen mereka sebagai bantahan kepada penguguran pemimpin mereka.Ada ahli ahli Umno yang sudah mula tawar hati terhadap perjuangan UMNO dan akan melakukan penghijrahan.Pada mereka,perjuangan didalam UMNO hanyalah untuk kekuasaan,kekayaan serta kepentingan kroni sahaja.Adalah perlu bagi mereka melakukan penghijrahan  untuk membetulkan segala salah dan silap UMNO.manakala disatu pihak yang lain,sekiranya pemimpin mereka tidak tercalun,maka calun yang terpilih juga tidak layak mendapat undi mereka.Ertinya mereka akan ________...UMNO (Silalah isi tempat Kosong tu..hi..hi..)